Saturday, October 24, 2009

Aku Kembali...

HAHAHAHA..
lama seh tak update blog nih... Bukan ape cuma aku da berjanji ngan diri sendiri, selagi aku takde dslr aku takkan update blog. Dan sekarang aku sudah ade DSLR (OH YEAH!!!!!)... yang mane? yang biase-biase je.. Canon EOS 1000D/Rebel XS. sempena kamera aku yang baru ni aku da tukar nama blog aku.."The Photographer"

post nih aku nak cite tentang aku nye kamera baru. harge die RM2197, but aku bayar ansuran, RM230/permonth. tak kurus aku pasni tak tau la. orang tanye gile pe mau? sebulan RM230.
ni semua ikut minat la.. aku da lama minat photography, baru sekarang ade bajet nak angkat satu...

ni beberapa gambar yang aku amik guna kamera ni:


gamba aku melompat, stylo abis kan..


Gambar yang second ni antara gambar feveret aku.. aku tak tau nape tapi gamba tu nampak stylo gile... tu gamba antara membe aku yang paling kamceng.. chean name die...



gamba ni plak budak-budak klas aku melompat.. semua muke riang abis...

lepas ni aku akan aktif update blog, aku akan cube update setiap hari... but before i leave this is the final picture...





Friday, July 17, 2009

kabut minda ku...

aku tak tau kenapa tapi sejak result teruk aku, aku terasa amat down. hati penuh dengan kekesalan. Kenapa aku tak berusaha betul-betul? kenapa aku asyik main-main? ini je ke yang mampu aku buat? kenapa aku mals belajar?


sem ini adalah sem baru bagi aku. baru dari erti kata "aku yang baru". aku bertekad untuk berubah. kurangkan enjoy, lebihkan belajar. kurangkan main game, lebihkan pergi kelas. kurangkan melagho, lebihkan ibadah.

malam nanti aku akan bertolak balik ke utp, tempat yang aku amat takut untuk kembali, kerana takutkan kegagalan akan datang lagi. tapi janji kepada mak ayah untuk memperbaiki diri, lantas memperbaiki result menyeru aku untk mengagahi langkah supaya kembali ke utp.
Dan kembalinya aku ke utp kali ini dengan satu misi.

aku sedar perubahan sedrastik ini pasti akan sukar. aku mengharapkan pertolongan mu Ya Allah. kurniakanlah ketabahan hati dan kecekalan kepadaku. aku juga mengharapkan sokongan keluarga dan rakan-rakan. bantulah aku untuk berubah.

wasalam....

Thursday, July 16, 2009

Kegagalan demi kegagalan...

Minggu ni terbukti sebagai minggu paling penuh ujian dan dugaan. kegagalan adalah benda paling perit yang semua orang harus tempuhi... tetapi apabila dua kegagalan datang, ternyata ia sungguh sukar...


cukuplah dengan result semester pertama yang begitu teruk...(tak perlulah dinyatakan disini), hingga menyebabkan aku kena CM. ujian JPJ pun aku fail. aku tak pernah rase sedown macam ni. Ya Allah kurniakanlah ketabahan hati kepada hamba mu ini...

Thursday, July 9, 2009

oh shitt.....

da la me gile aku x post something dan aku bru sedar aku ditag farah...

hahaha (da nak dkt sblan da....)

1) Bekas kekasih saya
- SAYE TAK PERNAH ADE AWEK!!!!!!

2) Saya sedang mendengar
– 21 guns -greenday

3) Mungkin saya patut
– start kuruskan badan...hahaha..huhu....

4) Saya suka
– gaming, sleeping, reading.....

5)Sahabat-sahabat saya
– sesape je la yang kenal aku...

6) Saya tak faham
– pompuan....

7) Saya kehilangan
– duit.. krna bblanja x ingat dunia....

8) Ramai yang berkata
– aku ni cute...

9) Cinta itu adalah
– hmmmm..............................................................................................???????

10) Di suatu tempat, seseorang sedang
– makan..... (adik aku)

11) Saya akan cuba
– kempiskan perut....

12) Perkataan SELAMANYA membawa maksud
– satu tempoh masa yang lama..(bpk bodo sape bwat soalan nih)

13) Telefon bimbit saya
– k850i.. dibli stelah henset aku ilang...

14) Bila saya terjaga
– tengok jam... blm kul 12 tanak bangun....

15) Saya paling meluat
– org yang tidak berfikir masa bercakap....

16) Pesta/parti adalah
–woohooo.. mane?

17) Haiwan yang paling comel pernah saya temui
– kucing kat rumah kuntomb....

18) Peringkat umur yang paling menyeronokkan saya ialah
– form 3 ( da tak kna buli kat asrama lagi..._

19) Hari ini
– sebuk tgk laman web utp (bila result nk kuar nih...)

20) Malam ini saya akan
–tgk tv, men game dan tido.....

21) Esok pula saya akan
– bgn kul 12, dan ulang ari2 yang same berulang2 kali.... (damn this holiday)

22) Saya betul-betul inginkan
– xbox 360 (sorang pliz blanje)

23) Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini
– aku berkata "bapak hensem mamat nih, eh jap... ni aku la...."

24) Pusat membeli-belah atau arked permainan
- pusat membeli belah. arked skang mahal nak mati satu token rm1 wtf!!!!

25) Makanan Barat atau Jepun?
– barat... aku sungguh tak suka shushi....

26) Bilik yang terang atau gelap?
– gelap... tido....

27) Makanan segera adalah
– makanan bila nak study dan di ujung bulan....

28) Ayat terakhir yang anda telah katakan pada seseorang
– nak ape?? (kpd akak aku yg tgh cri kucing)

29) Siapa yang anda ingin tag:
- kecik
- pekok
- tapai
-angah (nak sangat)
- sape nak buat, buatlah....

Tuesday, June 16, 2009

Tamat sudeh....



tidak.... katakan ini semua satu pembohongan...
antara manga Faveret ku.... sudah tamat...
sungguh sedeyh...
aku mula layan manga ni sejak aku form2 mase tu aku bru knal kreko...
mase tu dia bru je start...
mase tu... semuanya begitu indah....
slamat tinggal...
EYESHIELD 21!!!!!

Ini aku......

Character traits of someone born in september


- Suave and compromising(
- Careful, cautious and organised
- Likes to point out people´s mistakes
- Likes to criticize
- Quiet but able to talk well
- Calm and cool
- Kind and sympathetic
- Concerned and detailed
- Trustworthy, loyal and honest
- Does work well
- Sensitive
- Thinking
- Good memory
- Clever and knowledgeable
- Loves to look for information

PROTOTYPE....



Arghhhh...!!!!!!
akhirnya game yang aku tunggu selama hampir 4 bulan sejak ia diumumkan sudah kuar...
tak sabar rasenye aku nak dapatkan game ni.
sudah lama aku tak post something dan aku post tentang game lagi..
itu je yang aku ade skarang..
hidup aku adalah game dan game adalah hidup aku...
aku sekarang sedang dalam usaha mendapatkan lesen kereta..
dan percaya atau tidak kenderaan yang pertama yang berjaya dipotong aku ialah sebuah....
TRAKTOR...
ya kenderaan gabak ini telah berjaya aku potong dengan mudah...
perasaan ketika itu tidak boleh digambarkan dengan perkataan...
antara saat paling manis dalam hidup aku....
sungguh terharu...
tanpa Pak Cik Musa (guru memandu) tidak mungkin ini semua boleh terjadi...
terima kasih...

Sunday, June 7, 2009

penulis terhebat...

mungkin ramai dikalangan rakan-rakan aku sudah tahu siapa penulis kegemaran aku. pastinya bukan penulis novel jiwang, seperti ahadiat akashah, bukan pula pemutar belit, Astora Jabat. tetapi penulis yang terhebat, pada saya semestilah FAISAL TEHRANI.

karya-karya beliau sungguh membuka mata, mengalakkan kita untuk berfikir lebih lagi dan tidak menerima sesuatu itu hanya pada luarannya. saya boleh katakan hampir semua pemahaman saya tentang sesuatu, datang daripada beliau. pada rakan-rakan yang ingin rasa bagaimana rasanya minda terbuka, saya galakkan carilah karya-karya beliau.

antara karya-karya beliau yang saya cadangkan:-

1511h:Kombat(novel kegemaran aku)
1515
Saasatul Ibaad

Advencer si Peniup Ney

saya sedang mencari beberapa karya beliau, rakan-rakan yang ada terjumpa buku ni boleh tolong bagitau aku.

The Prau With The Silent Soul

Ketupat Cinta
kalau korang berminat nak lebih info tentang Faisal Tehrani aku cadangkan korang boleh pergi ke blog dia. aku dah pun sediakan link ke blog dia.

Tuesday, June 2, 2009

BLOG...BLOG...



ape pendapat aku ttg blog? entahla dulu aku anggap bnde ni bende bodoh... sebab ape nak bagitau satu dunia ttg hari kau, hidup kau, entah ade entah tak ade orang nak bace blog kau.. skarang, pretty much the same, but at least i found a new way to express my thoughts, through blogging. melewati blog-blog rakan-rakan aku, aku tak jumpa ape-ape yang menarik pun. rata-rata ttg hari-hari mereka, aktiviti mereka, bukan bermaksud ape-ape, tapi adekah blogging hanya untuk itu saja. adekah blogging hanya untuk menceritakan aktiviti harian, bagitau satu dunia anda baru lepas pegi makan, baik terus bagitau anda baru sahaja buang air besar, ceritakan sekali pengalaman anda buang air besar tu.


i'm not saying blogging is a bad thing, even i am blogging. but, i am puzzled. is this all what blogging is about. i admit, i start blogging for a god damn stupid reason. because the girl that i admired have a blog, i thought i should have a blog (no, i didn't get the girl. now it is even more stupid). sebenarnya tidak, blog sebenarnya adalah satu bentuk komunikasi yang bebas. mengapa? di internet anda adalah sesiapa sahaja, tiada siapa yang tahu siapa kau dan kau bebas mengatakan buah fikiran (just, jgn terlalu bebas sudeh).

but malangnya, remaja masakini gagal melihat semua itu. blog hanya dijadikan bende yang setaraf dengan facebook, friendster, myspace dan pelbagai lagi social network yang ade. tapi, bende ini akhirnya kembali pade diri sendiri. seperti yang saya katakan, blog adalah satu bentuk komunikasi yang bebas, so, it's up to any bloggers how they utilize their blog...


Monday, June 1, 2009

sukenye...



akhirnya aku berjaya pun ade kontroler xbox 360.. walaupun hargenye agak mahal (RM 120) tapi aku amat berpuas hati. aku bukan ade xbox 360 tapi untuk main game kat laptop aku.. antara game yang lebih senang dimainkan guna kontroller ni..

- guitar hero 3










- wolverine







- assasin creed










- wanted:weapons of fate










- pes 2009









akibat amat kekurangan aktiviti untuk dilakukan di rumah, aku memutuskan untuk memenuhkan masa aku dengan bermain game.(haha)

Sunday, May 31, 2009

MOVIE.....

The End Begins...

aku baru je lepas tengok movie terbaru daripada series Terminator iatu Terminator:Salvation. boleh dikatakan movie ni agak best la.. tpi still pade aku yang no.2 is still the best.. dimana T800 yg bru je muncul dlm SALVATION lawan dengan T1000 yg boleh shapeshift.. pengajaran yg aku dapat dari movie ni (da macam komsas la plak) that everybody deserve a second chance, if they really want it.. looking it in a different angle, kita boleh faham.. Allah itu maha pengampun.. jika kita hambanya telah berdosa segeralah bertaubat. dan ketahuilah jika kita betul-betul bertaubat, kita akan diampunkan. dan apabila sudah diberi "second chance" ini pergunalah sebaiknya, jangan kita ulang pula kesilapan lalu.

malangnya ramai remaja sekarang menonton movie hanya untuk sekadar menonton. ramai yang tidak dapat mengambil apa-apa input daripada apa yang mereka tonton. remaja sekarang patutnya lebih banyak berfikir. melihat sesuatu bukan hanya sekadar ape yang zahir... harusnya memerhati lebih dalam dan memahami apa yang sebenarnya yang cuba diketengahkan dalam setiap movie..

Friday, May 29, 2009

Jiwaku Kosong...

arghhh!!!
da nak dekat seminggu da aku sampai kat umah.. dan seminggu ni aku tak buat ape-ape kecuali mencangok. mencangok.... hai mencangok... aku btul-btul blur di saat ini. da la tengah sedeh. hadoi aii.... aku rase aku da tau la klemahan utama aku. dan skarang aku perlu berusaha untuk membuang klemahan nih.. klemahan yang asyik menyakitkan hati, klemahan yang slalu buat aku sedeh. entah la...


Bintang Malam nyanyikan lagu
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi

Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu

Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku

Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...


sixth sense - khatimah cinta

tak tau nape. just terase nak ltak lagu ni kat sini. takde kna mengena pun ngan aku.

Friday, May 22, 2009

Ha ha AF...

Malaysia bergembira degan lahirnya satu lagi juara AF. Yang kelakarnya, rakyat malaysia lebih menyanjung artis daripada ilmuan. lebih sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit mengundi pelajar kesayangan daripada menderma ke masjid atau anak yatim. lebih mudah menangis di saat pelajar kesayangan tersingkir daripada melihat sengsara rakyat palestin. kelakar kan?

anak-anak remaja lebih suka menghabiskan masa di depan tv melihat konsert AF daripada mengulangkaji, bukan sekejap, 3 jam... ibu bapa sekarang lebih hebat. sejak wujudnya AF ramai yang memasang impian ingin anak mereka menjadi artis. mengapa? sebab jadi artis lebih bagus daripada jadi engineer, doktor, betul tak?

"bakat-bakat" yang lahir dari AF bukan senang nak jumpa. AF memastikan malaysia tidak akan kekurangan artis. kan penting artis. kalau tak ada artis habis matilah semua rakyat Malaysia. itulah sebab AF harus terus wujud

remaja sekarang berbangga menghafal biodata artis-artis AF,lebih bangga daripada cuba mengenali Rasullullah...
ditanya hari lahir artis AF, semua tahu, hari lahir Rasulullah? bagaimana rasullullah lahir? ibu Rasullullah?
rasulullah yang di saat kewafatannya pun masih memikirkan umatnya, kita? agaknya bila juara AF tu menang duit ada dia memikirkan peminatnya? ada... mestilah ada.. takkan lah tak pula.

Satu Gerakan..

Sudah lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini. Bukan apa, cuma terasa ada sesuatu yang kurang. Setelah melewati beberapa blog lain, jumpa sudah saya kekurangan blog ini. Lambat saya sedari bahawa blog juga adalah satu cara atau methodi untuk mengetengahkan buah fikiran.

salah satu isu yang masih lagi diperbincangkan ialah isu PPSMI. saya ini bukanlah sesiapa, bukan cerdik pandai bukan pakar cuma seseorang yang memiliki pandangan. pendirian saya dalam isu PPSMI ialah menyokong. Mengapa? atas beberapa sebab.

Pertama, bahasa inggeris adalah bahasa no.1 dunia. bukanlah diri ini merendahkan Bahasa Melayu, tidak timbul langsung niat sebegitu. tetapi, antara kita suka atau tidak ini adalah fakta. mengapa pentingnya ia diterapkan ke dalam subjek Matematik dan Sains. Kerana dua subjek ini adalah subjek yang amat penting, dan suka atau tidak, fakta adalah orang barat yang sedang menguasainya sekarang.

kedua, di peringkat pengajian tinggi subjek matematik dan sains diajar mengunakan bahasa inggeris. PPSMI secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar. Supaya apabila menjejakkan kaki ke alam universiti, pelajar-pelajar tidak akan merasa janggal dan kekok. Saya, sebagai pelajar yang melalui PPSMI merasakan betapa berfaedahnya sistem PPSMI.

ada pihak yang menyatakan bagaimana dengan anak-anak yang kurang berkebolehan dalam bahasa inggeris teapi bijak dalam matematik dan sains. bagaimana degan mereka? jika difikirkan ada benarnya, tetapi subjek matematik tidak memerlukan kita menggunakan kata-kata. hanya nombor. cukuplah jika mereka mampu memahami soalan. bagi sains, jawapan yang diberikan cukup sekadar pemeriksa memahami apa yang cuba disampaikan sudah dikira betul. tidaklah perlu menggunakan perkataan yang susah. jadi disini tidak timbul isu ini. in bukanlah rekaan tatepi pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelajar.

Saya sebenarnya pelik, bagaimana isu ini boleh timbul. jika kita lihat dan amati seeloknya hanya dua subjek sahaja yang terlibat dalam sistem PPSMI. Itupun, dua subjek ini lambat laun akan dipelajari dalam bahasa inggeris juga. adakah susah benar hendak belajar dua subjek dalam bahasa inggeris. daripada asyik merisaukan hal yang kecil seperti ini, lebih ada baiknya membincangkan isu-isu pembangunan rakyat.

Untuk sebuah negara itu terus maju rakyatnya harus bersedia dengan perubahan. tidak perlulah kita asyik menjenguk dan mencari kesalahan dengan apa yang telah dilaksanakan, percayalah takkan ada kerajaan yang ingin lihat negaranya mundur. segala yang dilakukan untuk kebaikan rakyat sendiri.

Monday, May 18, 2009

Pangkor...Pancit...

wah..

aku bru je balik dri pangkor.. skang tak leh nak cite detail lgi..
sbb aku xde gmbr2....
nanti ble aku ade gambar2 di pangkor...
aku akan ceritakan dengan amat detail skali segala aktiviti bebudak ni kat sane..
overall mmang sronok la gi pangkor..
dan amatlah penat skali....