Friday, May 22, 2009

Satu Gerakan..

Sudah lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini. Bukan apa, cuma terasa ada sesuatu yang kurang. Setelah melewati beberapa blog lain, jumpa sudah saya kekurangan blog ini. Lambat saya sedari bahawa blog juga adalah satu cara atau methodi untuk mengetengahkan buah fikiran.

salah satu isu yang masih lagi diperbincangkan ialah isu PPSMI. saya ini bukanlah sesiapa, bukan cerdik pandai bukan pakar cuma seseorang yang memiliki pandangan. pendirian saya dalam isu PPSMI ialah menyokong. Mengapa? atas beberapa sebab.

Pertama, bahasa inggeris adalah bahasa no.1 dunia. bukanlah diri ini merendahkan Bahasa Melayu, tidak timbul langsung niat sebegitu. tetapi, antara kita suka atau tidak ini adalah fakta. mengapa pentingnya ia diterapkan ke dalam subjek Matematik dan Sains. Kerana dua subjek ini adalah subjek yang amat penting, dan suka atau tidak, fakta adalah orang barat yang sedang menguasainya sekarang.

kedua, di peringkat pengajian tinggi subjek matematik dan sains diajar mengunakan bahasa inggeris. PPSMI secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar. Supaya apabila menjejakkan kaki ke alam universiti, pelajar-pelajar tidak akan merasa janggal dan kekok. Saya, sebagai pelajar yang melalui PPSMI merasakan betapa berfaedahnya sistem PPSMI.

ada pihak yang menyatakan bagaimana dengan anak-anak yang kurang berkebolehan dalam bahasa inggeris teapi bijak dalam matematik dan sains. bagaimana degan mereka? jika difikirkan ada benarnya, tetapi subjek matematik tidak memerlukan kita menggunakan kata-kata. hanya nombor. cukuplah jika mereka mampu memahami soalan. bagi sains, jawapan yang diberikan cukup sekadar pemeriksa memahami apa yang cuba disampaikan sudah dikira betul. tidaklah perlu menggunakan perkataan yang susah. jadi disini tidak timbul isu ini. in bukanlah rekaan tatepi pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelajar.

Saya sebenarnya pelik, bagaimana isu ini boleh timbul. jika kita lihat dan amati seeloknya hanya dua subjek sahaja yang terlibat dalam sistem PPSMI. Itupun, dua subjek ini lambat laun akan dipelajari dalam bahasa inggeris juga. adakah susah benar hendak belajar dua subjek dalam bahasa inggeris. daripada asyik merisaukan hal yang kecil seperti ini, lebih ada baiknya membincangkan isu-isu pembangunan rakyat.

Untuk sebuah negara itu terus maju rakyatnya harus bersedia dengan perubahan. tidak perlulah kita asyik menjenguk dan mencari kesalahan dengan apa yang telah dilaksanakan, percayalah takkan ada kerajaan yang ingin lihat negaranya mundur. segala yang dilakukan untuk kebaikan rakyat sendiri.

0 comments: