Friday, July 17, 2009

kabut minda ku...

aku tak tau kenapa tapi sejak result teruk aku, aku terasa amat down. hati penuh dengan kekesalan. Kenapa aku tak berusaha betul-betul? kenapa aku asyik main-main? ini je ke yang mampu aku buat? kenapa aku mals belajar?


sem ini adalah sem baru bagi aku. baru dari erti kata "aku yang baru". aku bertekad untuk berubah. kurangkan enjoy, lebihkan belajar. kurangkan main game, lebihkan pergi kelas. kurangkan melagho, lebihkan ibadah.

malam nanti aku akan bertolak balik ke utp, tempat yang aku amat takut untuk kembali, kerana takutkan kegagalan akan datang lagi. tapi janji kepada mak ayah untuk memperbaiki diri, lantas memperbaiki result menyeru aku untk mengagahi langkah supaya kembali ke utp.
Dan kembalinya aku ke utp kali ini dengan satu misi.

aku sedar perubahan sedrastik ini pasti akan sukar. aku mengharapkan pertolongan mu Ya Allah. kurniakanlah ketabahan hati dan kecekalan kepadaku. aku juga mengharapkan sokongan keluarga dan rakan-rakan. bantulah aku untuk berubah.

wasalam....

1 comments:

azrul said...

i'Allah...amin~