The End Begins...
Sunday, May 31, 2009
MOVIE.....
Posted by femau at 9:43 AM 0 comments
Friday, May 29, 2009
Jiwaku Kosong...
arghhh!!!
da nak dekat seminggu da aku sampai kat umah.. dan seminggu ni aku tak buat ape-ape kecuali mencangok. mencangok.... hai mencangok... aku btul-btul blur di saat ini. da la tengah sedeh. hadoi aii.... aku rase aku da tau la klemahan utama aku. dan skarang aku perlu berusaha untuk membuang klemahan nih.. klemahan yang asyik menyakitkan hati, klemahan yang slalu buat aku sedeh. entah la...
Rindu hatiku yang terpendam
Bintang malam lukis wajahku
Katakan aku pergi
Genggamlah cinta yang ku berikan
Simpanlah selalu dalam hati
Ku akan selalu dalam mimpimu
Menemani tidurmu
Sudahlah sudah
Ku harus pergi
Jangan kau tangisi aku lagi
Biarku bawa seluruh cintamu
Ku dakap dalam tidur panjangku
Peluk tubuhku
Kucup bibirku
Relakan saja aku pergi...
Posted by femau at 9:12 AM 0 comments
Friday, May 22, 2009
Ha ha AF...
Malaysia bergembira degan lahirnya satu lagi juara AF. Yang kelakarnya, rakyat malaysia lebih menyanjung artis daripada ilmuan. lebih sanggup menghabiskan berpuluh-puluh ringgit mengundi pelajar kesayangan daripada menderma ke masjid atau anak yatim. lebih mudah menangis di saat pelajar kesayangan tersingkir daripada melihat sengsara rakyat palestin. kelakar kan?
anak-anak remaja lebih suka menghabiskan masa di depan tv melihat konsert AF daripada mengulangkaji, bukan sekejap, 3 jam... ibu bapa sekarang lebih hebat. sejak wujudnya AF ramai yang memasang impian ingin anak mereka menjadi artis. mengapa? sebab jadi artis lebih bagus daripada jadi engineer, doktor, betul tak?
"bakat-bakat" yang lahir dari AF bukan senang nak jumpa. AF memastikan malaysia tidak akan kekurangan artis. kan penting artis. kalau tak ada artis habis matilah semua rakyat Malaysia. itulah sebab AF harus terus wujud
remaja sekarang berbangga menghafal biodata artis-artis AF,lebih bangga daripada cuba mengenali Rasullullah...
ditanya hari lahir artis AF, semua tahu, hari lahir Rasulullah? bagaimana rasullullah lahir? ibu Rasullullah?
rasulullah yang di saat kewafatannya pun masih memikirkan umatnya, kita? agaknya bila juara AF tu menang duit ada dia memikirkan peminatnya? ada... mestilah ada.. takkan lah tak pula.
Posted by femau at 12:56 PM 0 comments
Satu Gerakan..
Sudah lama rasanya tidak menulis di dalam blog ini. Bukan apa, cuma terasa ada sesuatu yang kurang. Setelah melewati beberapa blog lain, jumpa sudah saya kekurangan blog ini. Lambat saya sedari bahawa blog juga adalah satu cara atau methodi untuk mengetengahkan buah fikiran.
salah satu isu yang masih lagi diperbincangkan ialah isu PPSMI. saya ini bukanlah sesiapa, bukan cerdik pandai bukan pakar cuma seseorang yang memiliki pandangan. pendirian saya dalam isu PPSMI ialah menyokong. Mengapa? atas beberapa sebab.
Pertama, bahasa inggeris adalah bahasa no.1 dunia. bukanlah diri ini merendahkan Bahasa Melayu, tidak timbul langsung niat sebegitu. tetapi, antara kita suka atau tidak ini adalah fakta. mengapa pentingnya ia diterapkan ke dalam subjek Matematik dan Sains. Kerana dua subjek ini adalah subjek yang amat penting, dan suka atau tidak, fakta adalah orang barat yang sedang menguasainya sekarang.
kedua, di peringkat pengajian tinggi subjek matematik dan sains diajar mengunakan bahasa inggeris. PPSMI secara tidak langsung memberi pendedahan awal kepada pelajar-pelajar. Supaya apabila menjejakkan kaki ke alam universiti, pelajar-pelajar tidak akan merasa janggal dan kekok. Saya, sebagai pelajar yang melalui PPSMI merasakan betapa berfaedahnya sistem PPSMI.
ada pihak yang menyatakan bagaimana dengan anak-anak yang kurang berkebolehan dalam bahasa inggeris teapi bijak dalam matematik dan sains. bagaimana degan mereka? jika difikirkan ada benarnya, tetapi subjek matematik tidak memerlukan kita menggunakan kata-kata. hanya nombor. cukuplah jika mereka mampu memahami soalan. bagi sains, jawapan yang diberikan cukup sekadar pemeriksa memahami apa yang cuba disampaikan sudah dikira betul. tidaklah perlu menggunakan perkataan yang susah. jadi disini tidak timbul isu ini. in bukanlah rekaan tatepi pengalaman saya sendiri sebagai seorang pelajar.
Saya sebenarnya pelik, bagaimana isu ini boleh timbul. jika kita lihat dan amati seeloknya hanya dua subjek sahaja yang terlibat dalam sistem PPSMI. Itupun, dua subjek ini lambat laun akan dipelajari dalam bahasa inggeris juga. adakah susah benar hendak belajar dua subjek dalam bahasa inggeris. daripada asyik merisaukan hal yang kecil seperti ini, lebih ada baiknya membincangkan isu-isu pembangunan rakyat.
Untuk sebuah negara itu terus maju rakyatnya harus bersedia dengan perubahan. tidak perlulah kita asyik menjenguk dan mencari kesalahan dengan apa yang telah dilaksanakan, percayalah takkan ada kerajaan yang ingin lihat negaranya mundur. segala yang dilakukan untuk kebaikan rakyat sendiri.
Posted by femau at 12:05 PM 0 comments
Monday, May 18, 2009
Pangkor...Pancit...
wah..
Posted by femau at 5:25 AM 0 comments
Saturday, May 16, 2009
tak tido...
huh...
1. aku comel macam panda
Posted by femau at 5:59 PM 0 comments
PANGKOR..!!!!!
wah..
Posted by femau at 6:59 AM 0 comments
Friday, May 15, 2009
DE hebat
hahaha..
Posted by femau at 3:36 AM 0 comments
Thursday, May 14, 2009
bende gile..
sumpeh..
Posted by femau at 1:23 PM 0 comments
Posted by femau at 3:21 AM 0 comments
lahirnya blog inih..
wah..
Posted by femau at 2:15 AM 0 comments